Pages

Monday, May 17, 2010

BERILAH WALAU TIDAK DIMINTA

Post kali ini merupakan kiriman email dari seorang teman Siti Aslinda Rohani. Di sini saya kongsikan bersama semua.

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya... Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya inginpulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Adaduit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapatseratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balikkampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteridan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidakbanyak meragam. "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak adaduit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulangke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapayang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Gelihatimengenangkannya. Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untukdiberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi sayayang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akansetiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Sayatidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya ataudisampaikannya. Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnyaayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidakingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetapdiselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu! Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama : " Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa." Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Wednesday, April 21, 2010

SABARLAH DUHAI HATI

Apabila menghadapi ujian Allah



Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam, hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).


Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

?“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih.

Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?



Tuesday, April 20, 2010

GURU ADALAH KEHIDUPAN

Artikal ini kupetik dari blog seorang kenalan di UPSI. Semoga ianya menjadi manfaat kepada kita semua.

GURU BUKAN KERJAYA

Pernah saya berbual dengan mentor Fizik saya di SMK Bukit Changgang, Banting semasa praktikum. Waktu itu dalam perjalanan nak ke perkhemahan sekolah dekat Port Dickson.

"Kalau ko tengoklah, cikgu-cikgu kat sekolah tu, asyik sibuk je. Lepas waktu kerja pun masih kena datang ke sekolah. Kat rumah pun masih buat kerja-kerja sekolah."

"Em, betul!" Saya mengiyakan sahaja.

"Kerja guru ni dah jadi bukan kerja. Dah macam kehidupan." Sambungnya lagi.

Kata-kata itu yang masih saya ingat. 'Guru itu kehidupan'. Saya sukakan ayat ni.

Ya, bagi saya, guru adalah kehidupan, bukan kerjaya.


HIDUP SEBAGAI GURU

Subhanallah! Banyak sungguh tugas guru ni. Seolah-olah semua benda guru kena buat. Sampaikan di luar waktu sekolah pun, masih kena buat kerja sebagai guru.

Sejak lapor diri dan memulakan sesi persekolahan hari Isnin yang lepas, saya masih tercari-cari ruang untuk membiasakan diri. Yalah, masih baru. Banyak lagi benda yang belum tahu. Terutamanya yang melibatkan prosedur dan sistem. Masih terkial-kial nak cari rentak.

Alhamdulillah, ada guru yang selalu membantu.

Tidur saya selalu susah nak lena, risau masih ada tugas yang belum terlaksana. Balik sahaja dari sekolah, bantal dulu yang dicari. Kononnya untuk rehat sebentar. Akhirnya terus terlena. Letih sangat.

Selalunya ada sahaja tugas dibawa pulang. Kononnya nak siapkan di rumah. Tapi, akhirnya tak terlaksana.

Entahlah, kalau di rumah ni, semuanya serba tak kena. Banyak fikir benda lain. Buat kerja lain. Atau terlena keletihan.

Masih tak dapat nak urus masa dengan baik.

Saya mohon doa dari Allah, diberi keberkatan masa dan ilmu. Agar masa dan ilmu yang ada, bermanfaat sepenuhnya.


SENANG LENANGKAH JADI GURU?

Orang selalu kata, jadi guru ni mudah. Kerja setengah hari sahaja. Hujung tahun dapat bonus. Cuti pula banyak. Ya, cakap memang mudah. Cubalah jadi guru!

Kalau sekadar nak jadi guru yang tunggu gaji dan bonus, ya, boleh buat macam tu. Buatlah, lepas confirm jawatan, semua tugas-tugas guru dibuat ala kadar sahaja. Tak ambil berat dengan perkembangan pelajar. Biarlah mereka nak jadi apa pun, asalkan dah masuk kelas untuk mengajar. Buat apa nak susah-susahkan diri!

Saya mohon perlindungan Allah agar tak jadi guru yang macam ni. Mendidik itu amanah. Bila dah jadi guru, amanah itu jadi pilihan utama. Tak boleh nak elak. Mesti dilaksana sepanjang masa.

Selalu kita dengar, guru adalah 'role model' ataupun contoh kepada pelajar dan masyarakat. Bila nak di jadikan contoh, maka contoh itu bukan hanya di sekolah, tapi seluruh kehidupannya.

Kalaulah guru itu berkelakuan baik di sekolah, tapi di luar waktu kerja (sekolah), perangai tak menggambarkan sebagai seorang guru, adakah akan timbul hormat?

Nescaya akan timbul di fikiran pelajar, "ah, cikgu aku pun 2x5=10, sama je lebih kurang macam perangai aku. Kat sekolah bukan main nasihat orang."

Nah, kalau ini berlaku, roh didikan itu tidak akan sampai kepada pelajar. Jadi, macam mana nak membentuk modal insan yang baik?

Di sini tidak boleh tidak, guru sememangnya mempunyai jiwa guru, bukan jiwa kerja guru. Beza!

Jiwa guru, dia memang akan jadi guru. Guru yang murabbi. Sentiasa ikhlas mendidik pelajar dan masyarakat tak kira tempat dan masa.

Jiwa kerja guru pula akan menjadikan 'guru' itu sebagai kerjaya, sebagai sumber pendapatan. Semua untuk gaji. Semua untuk kenaikan pangkat. Tak ada dedikasi dalam mendidik pelajar.

Lihatlah, ke mana-mana guru pergi, mereka akan dipanggil cikgu. Tandanya, kita mesti berjiwa guru. Guru yang murabbi.

Tugas berat menanti guru. Mendidik masyarakat dengan ilmu. Tak kira masa tanpa jemu. Baru layak dipanggil cikgu.

"Guru adalah kehidupan, bukan kerjaya"

Wallahua'lam.

~Mencari Erti Cinta Hakiki~
Posted by Pemuda@gamA at 4:38 PM


  1. http://pemudaagama.blogspot.com/2010/01/guru-bukan-kerjaya.html

Coretan Cikgu 2

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...

Tulisanku kali ini masih lagi berkisar tentang pengalaman-pengalaman yang kutimba sebagai seorang guru baru.Adakalanya ia terasa amat melelahkan namun tidak kurang juga yang amat menyeronokkan. Sekitar bulan Mac dan April, banyak aktiviti yang dijalankan seperti yang telah diaturkan sejak penghujung tahun lalu.

Mac
-Bulan Sains & Matematik
-Pertandingan Menembak M-16
-Kembara ke Tasik Bera
-Latihan Rumah Sukan
-Temuduga SPP

April
-Bulan Bahasa
-Kursus Teknik Menjawab Soalan
-Perkhemahan Kadet Polis Daerah
-Sukan Tahunan

Inilah antara aktiviti-aktiviti yang berjalan sepanjang Mac dan April 2010.
Semogaku terus kuat dalam lapangan ini. Tidak lupa kepada semua rakan seperjuangan, terus berusaha demi anak bangsa.

Kembara Tasik Bera


Wednesday, February 24, 2010

Coretan Cikgu 1

Sejak melaporkan diri sebagai Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS), DC 41, kehidupanku banyak berubah. Setiap saat, amatlah berharga untuk diisi. Tugasan dan amanah menuntut pengorbanan masa, tenaga yang bukan sedikit. Malahan adakalanya terasa sangat berat untuk dipikul. Di tempatkan di sekolah yang pernah menjadi tempat aku menagih ilmu merupakan satu cabaran yang tidak boleh dipandang enteng. Tetapi, aku sangat-sangat bersyukur, di sinilah aku mengenali guru-guruku yang menjadi IDOLAku sehingga aku mengambil keputusan untuk sama-sama berjuang seperti mereka dalam lapangan ini. Saat ini barulah ku tahu pahit getir seorang pendidik dalam membangunkan modal insan. Doaku, semoga ku terus beristiqamah dan menabur bakti kepada anak didikku. Tidakku lupakan, rakan-rakan seperjuangan, seangkatan yang bertugas tidak kira di ceruk mana sekalipun, moga kalian terus tabah dalam medan ini.

Di sini saya sertakan warna-warni beberapa program yang telah berlangsung sepanjang bulan Januari hingga Februari 2010.

Majlis Perpisahan Bersama Penyelia Petang yang bertukar ke PPD Klang

Majlis Perasmian Bulan Bertema Sekolahku Sayang

Larian Tunas Harapan (Merentas Desa)

Gotong-royong Perdana

Sumber(gambar):
http://kelabfotografismkrp.blogspot.com/

RAHSIA KHUSYUK SOLAT

www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : alisya sofia
Editor : naadherah



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlisseorang abid bernama Hatim Al-Assam dan
bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu zahir dan batin.'

Isam bertanya, 'Bagaimana wudhu zahir dan batin itu? '

Hatim berkata, 'Wudhu zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air'.
Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengantujuh perkara:-

1)Bertaubat
2)Menyesali dosa yang telah dilakukan
3)Tidak tergila-gilakan dunia
4)Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5)Tinggalkan sifat berbangga
6)Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7)Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap
kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah,
Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku,Malaikat Maut berada dibelakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.'

'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham makna nya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.'

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila
dibanding-kan dengan Hatim.