Pages

Friday, April 3, 2015

Hati Mana Yang Tak Tersentuh?


Hati manakah yang tidak tersentuh dengan tindakan spontan si cilik ini? Usianya baru empat tahun. Seusia anak saudaraku Iris dan Syazwana. Namun banyak keperitan yang dihadapinya. Mengembara jauh bersama keluarga mencari tempat berteduh di kem pelarian yang serba kekurangan. Anak yang naif, yang menganggap lensa kamera adalah senjata api. Jelas kelihatan raut wajah yang resah gelisah. 

" Takpe, itu di Syria, bukan Malaysia".

Hilangkah rasa perikemanusiaan kita? Pedulikah kita dengan umat. Bukan sahaja di Syria, malah di Gaza, di Lubnan, di Burma di negara kita ada juga. Anak- anak kecil menjadi mangsa. Bilakah ini akan berakhir? Tak sanggup lagi melihat anak kecil ini menjadi mangsa.

Ku tinggalkan pembaca dengan tanda tanya, apa usahamu demi menyelamatkan umat?

Monday, March 16, 2015

Leka

Hanyut,
Dalam menjalani kehidupan,

Lemas,
Angkara leka dan alpa,

Sering digoda nafsu dunia,
Hingga lupa tugas sebagai hamba.

Ayuh,
Bangkit, tinggalkan dosa itu,
Tuju penciptaMu,
Harap keampunan,
Harap rahmat,
Harap berkat,
Harap redho,

Agar tidak lagi derita,
Tanpa cintaNya,
Tanpa sayangNya,
Tanpa kasihNya.

Thursday, November 27, 2014

KELUARGA BAHAGIA

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Lagu: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar
Lirik: Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


Bait- bait lirik yang ringkas tetapi mendalam maksudnya. Sayangi keluarga, di situlah bahagia.:-)

Wednesday, May 8, 2013

SEPI TANPA KATA...

Bismillahhirrahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur, dengan izinNya dapat kembali mencoret kata. Lama tidak meninggalkan bekas tangan di blog ini. Hanya sesekali menjengah, namun kekangan yang dihadapi menyebabkan blog ini sunyi tanpa nukilan. InsyaAllah, jika diizinkan oleh-Nya, ingin sekali memanfaatkan blog ini kepada semua. InsyaAllah, semoga blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Aameen.

Friday, August 20, 2010

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : IBADAH Puasa

Tajuk : Bezakan Puasa Dengan Orang yahudi Dan Nasrani

Hadith :
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Muslim)

Huraian

1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.
2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan:
i. Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.
ii. Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.
3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

http://www.iluvislam.com/v1/hadis.php

SALAM RAMADHAN


Tuesday, August 3, 2010

NOTHING...

Biarlah masa yang menentukan. Yang penting jangan putus dari mengharap yang terbaik dari Pencipta. :)