Pages

Monday, May 27, 2019

NYAWAKU


Jangan kau tanya dalamnya cinta
Kerna kau sudah pun tahu
Dalam selautan biru sungguh

Usah kau sangsi siapa di hati
Kerna kau sudah pun tahu
Kamu lebih dari nyawaku

Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku

Usah kau sangsi siapa di hati
Kerna kau sudah pun tahu
Kamu lebih dari nyawaku

Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku

Aku sungguh mencintaimu
Tulus dengan sepenuh hatiku
Aku cinta semua tentang kamu
Dan semua kekuranganmu
Kerna kau adalah kamu
Kau nyawaku



Wednesday, May 22, 2019

JAGALAH HATI.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati,
Jagalah ia,
Peliharalah ia,
Jangan beri ia disakiti,
Jangan beri ia dikasari,
Jangan beri ia didustai,

Hati,
Maaf andai seringkali culas,
Kadang membiarkan kau disakiti,
Membiarkan kau dikasari,
Membiarkan kau didustai,

Duhai Hati,
Ku cuba pertahankan,
Agar kau tak sakit lagi,
Tak dikasari lagi,
Tak didustai lagi,

Duhai hati,
Janganlah remuk kerna dunia,
Janganlah rajuk kerna cinta,
Semua itu dunia semata,
Ayuh kita cari bahagia,
Mohon pada yang Esa,
Agar ketenangan sentiasa beraja.


Thursday, March 28, 2019

JANGAN BERLARI...

Sudah cukup sudah,
Jangan lagi dikejar,
Nanti kau makin penat,
Makin tak larat.

Berhenti sebentar,
Redakan nafas yang tercunggap,
Hilangkan penat,
Ambil sedikit rehat.

Tak perlu kejar lagi,
Berjalanlah,
Destinasi dituju tidak akan lari,
Masih disitu, kekal disitu.

Friday, August 3, 2018

HIDUP



Bangun pagi, celik mata,
Yang hanya kau fikir adalah dunia,
Kau tidak hidup

Jika bekerja,
Yang kau fikir adalah gaji semata,
Kau tidak hidup

Jika kau berbuat sesuatu,
Yang kau fikir hanya untuk pandangan manusia,
Kau tidak hidup,

Hidup ini bukan semata kerna dunia,
Hidup ini bukan semata untuk penuhi nafsu menggila,
Hidup ini bukan semata untuk pandangan manusia

Perlu diingat, kita ada tujuan,
Amanah dari tuhan pencipta alam,
Jangan asyik dalam angan-angan,
Bangkit bangun hiduplah dalam berjuang.

~suria3Ogos2018~

Friday, May 26, 2017

ALLAH, ALLAH, ALLAH, 
ALLAH, ALLAH, ALLAH, 
ALLAH, ALLAH, ALLAH...

Syukur, masih diberi peluang dan ruang untuk masih lagi bernafas,
Walau sering culas, semua kerja terkandas,

Maha Mengasihani hambaNya,
Walau sering dilupa, 
akibat alpa dan leka,
Namun nikmat Ya Rahman,
masih tak pernah berkurang,

lama kelopak mata ini kering, sekering hati yang tidak pernah disiram,
yang jarang sekali dibaja,
titik-titik hitam mula lekat, likat sukar untuk dikikis lagi

Hati, 
Jangan kau terus keras,
Jangan kau terus menghitam,
Carilah jalan pulang,
Kembali ke pangkal jalan,
Allah itu sebagai tujuan....

Salam 1 Ramadhan 1438H

Muhasabah Cinta-EdCaustic bukan sekadar lagu

Wahai... Pemilik nyawaku,
Betapa lemah diriku ini,
Berat ujian dariMu,
Ku pasrahkan semua padaMu,

Tuhan,
Baruku sedar,
Indah nikmat sihat itu,
Tak pandai aku bersyukur,
Kini ku harapkan cintaMu,

Kata-kata cinta terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku,

Butir-butir cinta air mataku,
Teringat semua yang kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini,
Ya Illahi,
Muhasabah Cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku,
Lindungiku dari putus asa,
Jika ku harus mati,
Pertemukan aku denganMu

Album : 
Munsyid : EdCoustic
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bait-bait lirik yang membawa maksud yang sangat dalam dan mampu menyentuh hati jika benar-benar dihayati.