4,5,6
Nombor yang berurutan,
Punya gaya dan cerita yang berbeza,
Tidak sama.
E.n.a.m,
Hadir lama, namun 3 baru menyapa,
Cerita kagum, puji memuji,
Saling teguh meneguh,
Segala cabaran berjaya ditempuh,
Walau badai datang merempuh.
E.m.p.a.t.
Datang, saat enam masih bertahan,
Masih menyulam,
Sambut dengan tanpa rasa,
Walau amaran telah dinyala.
Angka genap 4 dan 6,
Mengapit angka 5,
Tanpa boleh memikir apa didepan,
Suratan atau kebetulan,
Jemari dirapat,
Mohon makrifat,
Menuju jalan akhirat.
Thursday, October 3, 2019
Sunday, September 15, 2019
Mimosa pudica
Semalu atau dalam istilah saintifiknya ‘Mimosa pudica’ (Sensitive Plant) (pudica = shy), adalah suatu tumbuhan renek berduri yang sering dianggap menyusahkan dan sering tidak dipedulikan tetapi sifat yang tersirat dan pemalunya seharusnya dijadikan contoh ikutan para Muslimah.
Firman Allah SWT :
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
“Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.” (Ali ‘Imran; Ayat 191)
Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri setiap insan terutamanya seorang wanita muslim. Ia penting sebagai benteng untuk menjaga iman kita dari terhakis oleh perkara yang mungkin boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan perbuatan lain yang tidak elok.
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah ﷺ dan puteri baginda Fatimah r.a..
Pada suatu hari, Rasulullah ﷺ berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada Ayahndanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan yang keempat dan terakhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Jadi, wahai para muslimah sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanyalah tumbuhan renek yang melata tetapi sifat malu tetap terjaga dan kena pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.
Sabda Rasulullah ﷺ yang cukup indah; “Malu itu baik semuanya.” (Riwayat Bukhari)
Malangnya perasaan malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu pula disalurkan pula di tempat yang salah. Contohnya malu bertanya semasa belajar di dalam kelas, malu untuk menutup aurat, malu berbuat baik dan seumpama dengannya.
Wanita Muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah ﷺ jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita.
Ambillah pengajaran dari pokok semalu ini agar diri tidak terus malu tidak bertempat atau terjerumus ke lembah maksiat akibat hilangnya perasaan malu itu.
Sebenarnya malu itu adalah lambang kepada nilai keimanan seseorang muslim itu. Jika malu itu 50% daripada Iman, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah Takwa. Malu dan Takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘Buat Apa Yang Disuruh Dan Tinggalkan Apa Yang Dilarang.’
Sabda Rasulullah ﷺ : “Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.” (Riwayat al-Tabarani-no.8313)
Kisah Rasulullah ﷺ bersama anaknya Fatimah r.a di atas boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk diri berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Biarlah apabila disebut perkataan muslimah, masyarakat akan segera terbayang dalam lubuk sanubari bahawa muslimah itu adalah seorang wanita bertudung labuh dan bersopan santun. Seorang perempuan pemalu yang kaya dengan iman dan jiwa yang kukuh. Pandangannya selalu tunduk terhadap perkara yang tidak sepatutnya dilihat, seorang yang bijaksana, tutur katanya yang sopan dan tingkah-lakunya yang pasti akan mengundang pandangan mulia oleh orang lain.
Sumber: syafiqalbu.wordpress
وَالسَّلاَمْ
Saturday, September 7, 2019
Monday, August 19, 2019
Bila ALLAH jadi keutamaan.
Kisah benar
12/8/2014
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, aku singgah di car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin n serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti..
Terlihat parking sebelah kereta aku chevrolet mustang (tranformer) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas..
Aku duduk & memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya. Aku bertanya" kereta bos ke tu ?"Smart giler!" Dia hanya menganguk sambil tersenyum.."Dari mana bos?" "Dari Tun Hussien Onn"katanya. "Bisnes ke?" "Consultan" jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk
untuk pinjaman perniagaan & penasihat kepada bank2 di Malaysia" waww!! Mesti best jawab hati aku..
"Saya dah 30 tahundalam bidang ni" katanya. Aku tanya dia.. "Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak berapa ada??" Dia tersenyum n katanya "saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan.. Paling seronok jika dapat 1juta yang
pertama. Selepas itu untuk mendapat 1juta yang ke-2 terlalu mudah & pantas" katanya. Aku terdiam..
"Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya??" katanya..Saya akan berkata "Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita dikurniakan akal..Gunakan sebaik mungkin..Jujur,jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah,sedangkan Dia suruh berdoa,mintalah apa sahaja & 'pasti' akan ditunaikan..Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya..Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam..Minta sungguh2.."
"Pekerja saya bila azan bergema,saya arahkan tinggalkan kerja,sekarang! Tiada nilai 1sen pun jika buat kerja waktu tu, Allah panggil kita mengadap Dia..Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap, aku nak siapkan lagi 1 lagi" Allah tu pencipta alam semesta..Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.."
Dammm!! Tersentap aku..
Katanya lagi "ramai yang datang minta kerja..Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu..Jika ada master, degree, diploma atau bapak gajah sijil pun.. Jika tak solat. Saya takkan terima..Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong..Bagi kertas kerja pada saya..Saya selidik, sain & recommend pada bank & bank akan luluskan..Tapi soalan pertama saya tanya dulu..Awak
solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja" katanya..
Ada yang kata" abg tu bawa 'tranfomer' pergi masjid,jika saya bawa kancil je" katanya.."Kereta tu milik Allah..Dia bagi pinjam je tu..Apa salahnya
saya bawak dia pergi mengadap Allah..Hati niat kena betul..Jangan niat nak menunjuk..Niatkan nak cepat mengadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.."
"Kereta tu saya beli hampir 700k import..Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2biji je orang pakai..Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini.. Sebab ekzos dia bising..Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini.. Kereta ni 6.2 horse power..Ferrari @ lamborgini baru 4.8 horse power...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi..Yang diisi enjin..Tuang minyak..Start & berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.."
"Satu lagi pesan saya,berkawan kita yang perlu pilih..Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia & yang paling utama, akhirat..Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaik disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana.."
Wah!!! hebat giler bila berjumpa somebody..
Insyaallah kata-katanya & pengalaman beliau sangat2 membantu...
Sumber: FB
Thursday, August 15, 2019
*Law Of The Garbage Truck*
As salam...
Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.
Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan horn berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.
Member saya sorang ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.
Saya tanya beliau, “Ko tak rasa panas ke? Bro tadi tu duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dan balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”
Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak 'Law of The Garbage Truck'?"
Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni? Mana ada 'Law of Garbage Truck', saya kata.
Beliau senyum dan teruskan. "Macam ni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.
Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.
Dan kadang-kadang, kau @ tempat kau akan dia jadi tempat longgok sampah dia.
Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah dan sama macam dia.
Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang dan mcm2 nak. Tak ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.
Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.
Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.
Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.
Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.
Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment, maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.
Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.
Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?
Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah dalam rumahtangga mereka. Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka? Ramai kan?
Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.
Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.
Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.
Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.
Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah, mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.
Dapat sesuatu? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. Hiasi taman hati dgn bunga2 yg harum dan cantik.
Wallahualam.
Sumber:FB

Monday, August 12, 2019
INSAN
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
Thursday, August 8, 2019
AYAH
Sukar untuk meluah apa yang dirasa,
Kerana jerih perih ayah tiada terkata,
Mahu melihat keluarganya bahagia,
Di dunia mahupun di sana.
Ayah,
Jika dulu kau mampu membawa kami ke mana sahaja,
Namun kini, penglihatanmu terbatas,
Kami mengambil alih tugas,
Membawa 'Nyawa Kami' dengan ikhlas.
Ayah,
Ku kagum dengan sikapmu,
Mengalas tugas mengemop menyapu,
Tanpa malu, tanpa jemu,
Mencampak jauh rasa egomu.
Ayah,
Ku tahu, setiap insan tak sempurna,
Tapi kau menyempurnakan kami,
Mendidik, membimbing, dengan tegas,
Namun, masih boleh bersenda,
Masih boleh bergurau.
Ayah,
Luluh hati ini,
Saat matamu memerah,
Perlahan-lahan air matamu gugur,
Bukan sekali, bukan dua mahupun ketiga kalinya,
Pada situasi yang berbeza.
Ayah,
Ku doakan kau sentiasa sihat,
Mampu menjalani ibadat,
Buat bekalan diakhirat,
Moga Allah kurniakan syurga tanpa hisab.

Subscribe to:
Posts (Atom)