Pages

Wednesday, December 9, 2020

KENANGAN







Ya, dua lagu ni merupakan sebahagian lagu-lagu yang menjadi kenangan zaman-zaman belajar. Dalam tahun 2003-2005, sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), semangat tu kadang naik, kadang turun. Almaklumlah, baru belajar berjauhan dengan keluarga, rasa 'homesick' sentiasa menyinggah. Lagi-lagi bila tahun kedua, selepas 'jatuh', semangat tu mudah je nak turun diiringi juraian air mata. Dulu, 'access' internet tak mudah. Hanya ada di dalam makmal komputer sahaja. Telefon pun guna telefon lesung batu...

Jadi, apa hiburan kami waktu itu? Bilik yang dikhaskan untuk menonton tv tu ada, tapi, untuk hiburan dalam bilik, memadai dengan sebuah radio. Bila dengar lagu best, akan tunggu balik bila lagu tu akan dimainkan semula, sambil tulis balik lirik lagu tu. Untuk lengkapkan lirik lagu tu, bukan sekali dua tunggu lagu tu diputarkan DJ, mungkin 3@ 4kali ulang baru lengkap. 

Dulu ku peminat tegar nasyid, tapi layan juga 'slowrock' (sebab ada geng yg obses dengan XPDC). Paling suka lagu Bunga Angkasa (Terrarosa). Sebab dalam lirik lagu tu, ada terselit namaku. Tapi baru-baru ini, terjumpa satu lagu Terrarosa - Kehendaknya, liriknya sangat puitis. Ada ala-ala sains sikit, "tak bergerak satu zarah cuma, melainkan dengan izin Tuhan". Tahap obses dengan nasyid ni, sampai 'call' radio IKIM, untuk undi lagu dalam carta nasyid.😂

Benarlah, berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah. (kalau bijak, teka lirik lagu apa ni)🤭 

Bagiku, untuk meminati sesebuah lagu, ku akan lihat dan cuba hayati liriknya. Andai ianya membawa semangat, membangkitkan motivasi, menyalurkan aura-aura positif, tanpa ragu, ianya akan jadi 'fav. song'.

Kalau dulu, peminat tegar nasyid (sekarang pun masih minat), lagu-lagu Tokti pun minat juga. Malah Manifestasiti2020, menjadi 'latest collection' album dalam simpanan. Dulu pernah ada kaset Siti, Cindai dan Adiwarna, habis lunyai kertas lirik tu bila asyik buka tutup.😅

Sebenarnya, banyak lagi kenangan yang nak dicoretkan. Mungkin dilain masa ku sambung kembali coretan ni. Untuk kali ni, setakat ni je la.

Terima kasih la, sudi nak baca. Saja asah bakat menulis yang dah karat ni. 


Thursday, October 15, 2020

Kita Di jemput Pulang

Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyelubungi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yamg dimimpi terbukti
Dengan kekayaaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta dibdunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan  seharian iyu yang pasti
Harus dihati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi disaat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang

Dijemput pulang
Dijemput pulang





Saturday, June 6, 2020

SATUKAN JIWA

https://youtu.be/zFJVkHvMFyw



Lagu ini mungkin kedengaran biasa pada sesetengah orang, tapi bagiku, lirik dan susunan lagunya sangat memberikan kesan. Tiap kali lagu ini diputarkan, terus berdesup rasa sampai ke jiwa. Terima kasih 'frontliner'. Dari kejauhan, hanya mampu berdoa.

Monday, April 13, 2020

JANGAN BERHENTI

Jangan berhenti melangkah untuk mengapai awan. Teruskan berjalan, sampai akhirnya kau sedar awan itu bukan lagi di atasmu, tapi ianya di bawahmu. #landbelowthewind

Thursday, April 2, 2020

HATI-HATI

Hati-hati bila berkata-kata, 
takut nanti tersebar dusta,
Hati-hati bila berjanji, 
takut nanti termungkiri,
Hati-hati bila melangkah, 
takut nanti tersilap tingkah,
Hati-hati memberi hati, 
takut nanti tersakiti,
Hati-hati memberi rasa, 
takut nanti jiwa binasa.

Saturday, January 4, 2020

Hikmah yang tersembunyi..

Ujian dan dugaan, 
Sering kita tempuh dengan rasa hampa, kecewa,
Malah terkadang, 
Kita rasa mahu berputus asa,
Ketika saat itu,
Kita rasa ianya membebankan, menyakitkan,
Namun,
Percayalah,
Tiap apa yang kita lalui itu,
Ada hikmah yang tersembunyi,
Yang Allah beri, bagi menguji,
Adakah kita hambaNya yang mampu taat,
Atau sering memungkiri.