Sukar untuk meluah apa yang dirasa,
Kerana jerih perih ayah tiada terkata,
Mahu melihat keluarganya bahagia,
Di dunia mahupun di sana.
Ayah,
Jika dulu kau mampu membawa kami ke mana sahaja,
Namun kini, penglihatanmu terbatas,
Kami mengambil alih tugas,
Membawa 'Nyawa Kami' dengan ikhlas.
Ayah,
Ku kagum dengan sikapmu,
Mengalas tugas mengemop menyapu,
Tanpa malu, tanpa jemu,
Mencampak jauh rasa egomu.
Ayah,
Ku tahu, setiap insan tak sempurna,
Tapi kau menyempurnakan kami,
Mendidik, membimbing, dengan tegas,
Namun, masih boleh bersenda,
Masih boleh bergurau.
Ayah,
Luluh hati ini,
Saat matamu memerah,
Perlahan-lahan air matamu gugur,
Bukan sekali, bukan dua mahupun ketiga kalinya,
Pada situasi yang berbeza.
Ayah,
Ku doakan kau sentiasa sihat,
Mampu menjalani ibadat,
Buat bekalan diakhirat,
Moga Allah kurniakan syurga tanpa hisab.
No comments:
Post a Comment