Pages

Wednesday, December 9, 2020

KENANGAN







Ya, dua lagu ni merupakan sebahagian lagu-lagu yang menjadi kenangan zaman-zaman belajar. Dalam tahun 2003-2005, sewaktu menuntut di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), semangat tu kadang naik, kadang turun. Almaklumlah, baru belajar berjauhan dengan keluarga, rasa 'homesick' sentiasa menyinggah. Lagi-lagi bila tahun kedua, selepas 'jatuh', semangat tu mudah je nak turun diiringi juraian air mata. Dulu, 'access' internet tak mudah. Hanya ada di dalam makmal komputer sahaja. Telefon pun guna telefon lesung batu...

Jadi, apa hiburan kami waktu itu? Bilik yang dikhaskan untuk menonton tv tu ada, tapi, untuk hiburan dalam bilik, memadai dengan sebuah radio. Bila dengar lagu best, akan tunggu balik bila lagu tu akan dimainkan semula, sambil tulis balik lirik lagu tu. Untuk lengkapkan lirik lagu tu, bukan sekali dua tunggu lagu tu diputarkan DJ, mungkin 3@ 4kali ulang baru lengkap. 

Dulu ku peminat tegar nasyid, tapi layan juga 'slowrock' (sebab ada geng yg obses dengan XPDC). Paling suka lagu Bunga Angkasa (Terrarosa). Sebab dalam lirik lagu tu, ada terselit namaku. Tapi baru-baru ini, terjumpa satu lagu Terrarosa - Kehendaknya, liriknya sangat puitis. Ada ala-ala sains sikit, "tak bergerak satu zarah cuma, melainkan dengan izin Tuhan". Tahap obses dengan nasyid ni, sampai 'call' radio IKIM, untuk undi lagu dalam carta nasyid.😂

Benarlah, berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah. (kalau bijak, teka lirik lagu apa ni)🤭 

Bagiku, untuk meminati sesebuah lagu, ku akan lihat dan cuba hayati liriknya. Andai ianya membawa semangat, membangkitkan motivasi, menyalurkan aura-aura positif, tanpa ragu, ianya akan jadi 'fav. song'.

Kalau dulu, peminat tegar nasyid (sekarang pun masih minat), lagu-lagu Tokti pun minat juga. Malah Manifestasiti2020, menjadi 'latest collection' album dalam simpanan. Dulu pernah ada kaset Siti, Cindai dan Adiwarna, habis lunyai kertas lirik tu bila asyik buka tutup.😅

Sebenarnya, banyak lagi kenangan yang nak dicoretkan. Mungkin dilain masa ku sambung kembali coretan ni. Untuk kali ni, setakat ni je la.

Terima kasih la, sudi nak baca. Saja asah bakat menulis yang dah karat ni. 


No comments:

Post a Comment